Thursday 24 November 2011

Ayat Perintah

     Pada permulaan sesi P&P, saya telah menjelaskan kepada murid-murid bahawa Ayat Perintah ialah ayat yang mengarahkan seseorang membuat atau melakukan sesuatu. Biasanya, kata-kata perintah yang digunakan seperti jangan, sila, usah, tolong, minta dan jemput . Kemuadian, saya menjelaskan jenis-jenis ayat perintah dengan memberi contoh ayat seperti yang berikut :




Terdapat 4mpat jenis ayat perintah :
(a) Ayat Suruhan - Ayat suruhan memberi perintah atau arahan
      Contoh ayat - Keluar dari sini !


(b) Ayat Larangan - Ayat larangan bertujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Ayat
                              larangan disertai dengan kata larangan seperti jangan, usah dan 
                              sebagainya.
      Contoh ayat - Jangan cakap lagi.


(c) Ayat Silaan - Ayat silaan bertujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat
                         silaan disertai dengan kata silaan seperti sila, jemput dan sebagainya.
     Contoh ayat - " Sila masuk, " kata guru besar.


(d) Ayat Permintaan - Ayat permintaan bertujuan memohon atau meminta pertolongan. Ayat
                                permintaan disertai dengan kata permintaan seperti tolong, minta dan
                                sebagainya.
      Contoh ayat - Tolong ambilkan saya buku itu.




     Seterusnya, saya meminta murid-murid cuba bina ayat perintah dengan kata perintah jangan, minta, sila dan tolong. Saya juga bincang bersama dengan murid-murid lain dan membetulkan kesilapannya bersama.  Akhirnya, saya minta murid-murid cuba menyiapkan kerja rumah di dalam buku kerja dan hantar pada hari keesokkannya.




Refleksi : Pada awal proses P&P, nampaknya murid-murid masih kurang faham akan penggunaan kata- kata perintah dalam ayat perintah terutamanya perbezaan " usah " dengan " jangan ". Namun, saya telah meberi ayat-ayat yang lain supaya telah menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua kata perintah tersebut. Jadi, dalam sesi perbincangan, murid-murid dapat membina ayat dengan betul. Objektif P&P hari ini memang memuaskan.


Kekuatan : Penerangan saya tentang penggunaan kata perintah dan ayat perintah amat jelas. Suara saya yang lantang dan perlahan telah menarik minat murid-murid untuk menumpukan perhatian dengan sepebuhnya. Contoh-contoh ayat yang saya berikan telah menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang ayat perintah ini.


Kelemahan : Bagi 2 orang murid yang tahap lemah, mereka kurang faham akan maksud setiap kata perintah dengan baik. Maka, mereka tidak dapat membina ayat dengan  lengkap. Oleh itu, saya telah insaf akan kekurangan saya dalam proses P&P ini dan akan cuba memperibaiki kelemahan ini pada masa akan datang.

Cara Mengatasi : Saya haruslah menyediakan latihan tambahan seperti memadankan frasa dengan frasa untuk membantu murid-murid yang lemah cuba meminta ayat. Latihan pengayaan seperti mengisikan tempat kosong untuk diberikan untuk mengukuhkan lagi tahap penguasaan murid-murid dalam tajuk hari ini.

No comments:

Post a Comment