Thursday 24 November 2011

Ayat Perintah

     Pada permulaan sesi P&P, saya telah menjelaskan kepada murid-murid bahawa Ayat Perintah ialah ayat yang mengarahkan seseorang membuat atau melakukan sesuatu. Biasanya, kata-kata perintah yang digunakan seperti jangan, sila, usah, tolong, minta dan jemput . Kemuadian, saya menjelaskan jenis-jenis ayat perintah dengan memberi contoh ayat seperti yang berikut :




Terdapat 4mpat jenis ayat perintah :
(a) Ayat Suruhan - Ayat suruhan memberi perintah atau arahan
      Contoh ayat - Keluar dari sini !


(b) Ayat Larangan - Ayat larangan bertujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Ayat
                              larangan disertai dengan kata larangan seperti jangan, usah dan 
                              sebagainya.
      Contoh ayat - Jangan cakap lagi.


(c) Ayat Silaan - Ayat silaan bertujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat
                         silaan disertai dengan kata silaan seperti sila, jemput dan sebagainya.
     Contoh ayat - " Sila masuk, " kata guru besar.


(d) Ayat Permintaan - Ayat permintaan bertujuan memohon atau meminta pertolongan. Ayat
                                permintaan disertai dengan kata permintaan seperti tolong, minta dan
                                sebagainya.
      Contoh ayat - Tolong ambilkan saya buku itu.




     Seterusnya, saya meminta murid-murid cuba bina ayat perintah dengan kata perintah jangan, minta, sila dan tolong. Saya juga bincang bersama dengan murid-murid lain dan membetulkan kesilapannya bersama.  Akhirnya, saya minta murid-murid cuba menyiapkan kerja rumah di dalam buku kerja dan hantar pada hari keesokkannya.




Refleksi : Pada awal proses P&P, nampaknya murid-murid masih kurang faham akan penggunaan kata- kata perintah dalam ayat perintah terutamanya perbezaan " usah " dengan " jangan ". Namun, saya telah meberi ayat-ayat yang lain supaya telah menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua kata perintah tersebut. Jadi, dalam sesi perbincangan, murid-murid dapat membina ayat dengan betul. Objektif P&P hari ini memang memuaskan.


Kekuatan : Penerangan saya tentang penggunaan kata perintah dan ayat perintah amat jelas. Suara saya yang lantang dan perlahan telah menarik minat murid-murid untuk menumpukan perhatian dengan sepebuhnya. Contoh-contoh ayat yang saya berikan telah menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang ayat perintah ini.


Kelemahan : Bagi 2 orang murid yang tahap lemah, mereka kurang faham akan maksud setiap kata perintah dengan baik. Maka, mereka tidak dapat membina ayat dengan  lengkap. Oleh itu, saya telah insaf akan kekurangan saya dalam proses P&P ini dan akan cuba memperibaiki kelemahan ini pada masa akan datang.

Cara Mengatasi : Saya haruslah menyediakan latihan tambahan seperti memadankan frasa dengan frasa untuk membantu murid-murid yang lemah cuba meminta ayat. Latihan pengayaan seperti mengisikan tempat kosong untuk diberikan untuk mengukuhkan lagi tahap penguasaan murid-murid dalam tajuk hari ini.

Tuesday 15 November 2011

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan digunakan bersama-sama dengan kata nama.


Contoh penggunaan :
1.  Dua guru sedang makan di kantin sekolah.
     Dua orang guru sedang makan di kantin sekolah.


2.  Di dalam bekas kaca itu terdapat tiga ikan.
     Di dalam bekas itu tedapat tiga ekor ikan.


3.  Chi Meng membeli tiga pensel di kedai buku itu.
     Chi Meng membeli tiga batang pensel di kedai buku itu.


Latihan :
1.  Adik saya telah makan beberapa _  ulas__ ( biji, ulas ) durian.
2.  Di hadapan rumah saya terdapat se ____baris_____ ( batang, baris ) kedai.
3.  Abang saya membeli se ___bentuk_____ ( bentuk, biji ) mata kail di kedai itu.
4.  Emak saudara Chin Yee menghadiahinya se __urat__ ( bentuk, urat ) gelang.
5.  Chia Yee membeli se ___buku_____ ( butir, buku ) roti.


Refleksi : Semasa menjalankan penjelasan untuk maksud setiap penjodoh bilangan dan penggunaannya dalam ayat, didapati terdapat seorang murid yang lemah masih tidak faham akan penerangan saya. Maka, saya cuba melukiskan gambar yang menjelaskan maksud tersebut seperti perbezaan di antara "seulas" dengan "sebiji". Oleh sebab terdapat 2 orang murid yang tidak hadir, maka sesi permainan saya telah terganggu kerana bilangan murid tidak mencukupi. (Sekolah saya ialah SKM-sekolah kurang murid) Jadi, saya telah menukarkan sesi permainan saya yang asalnya " cari kawan " kepada isikan tempat kosong. Maka, setiap murid berpeluang melibatkan diri dan cuba menjawab tanpa bantuan daripada rakannya. Cara ini telah menambahkan keyakinan diri di dalam hati mereka. Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah menarik minat murid-murid.  

Monday 14 November 2011

Kata Ganti Diri

Isikan tempat-tempat kosong dengan kata ganti diri yang sesuai.


kalian               tuanku            anda             kami             dia          beta         patik       mereka 
  1. Emak menjahit baju untuk ___kami___ adik-beradik.
  2. " Mengapakah ___kalian____ masih berada di kantin?" tanya Cikgu Lee kepada murid-murid.
  3. Rakyat menjunjung segala perintah ____tuanku_____.
  4. ___Mereka _____ bertiga tinggal sekampung di Teluk Bahang.
  5. Pemuda itu telah didapati bersalah kerana merompak bank. ____Dia___ dipenjarakan selama sepuluh tahun.
  6. " __Patik__ akan melaksanakan perintah baginda," jawab Bendahara.
  7. " ___Beta____ akan menghadiahi kamu sebidang tanah," titah Sultan Iskandar.
  8.  Semoga kehadiran ___anda__ akan memeriahkan lagi majlis itu.

Refleksi : Oleh sebab sesi pengajaran hari ini adalah 2 waktu, maka masa untuk saya menyampaikan tajuk ini amat mencukupi. Pada mulanya, saya memperkenalkan ketiga-tiga jenis kata ganti nama diri kepada murid-murid dengan tiga jadual yang berlainan. Saya telah menjelaskan penggunaan untuk kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.Murid-murid telah menumpukan perhatian sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya ini. Saya amat berpuas hati dengan tindak balas murid-murid pada hari ini kerana sekirannya mereka menghadapi keliruan, maka mereka akan bertanya untuk mendapat penerangan selanjutnya. Di samping itu, semasa saya memaparkan video seperti yang berikut, didapati murid-murid dapat menyebutkan jawapan bersama paparan video. Selepas itu, saya juga minta beberapa orang murid membezakan penggunaan kata ganti nama diri dengan melengkap latihan di atas. Mereka dapat menyelesaikan latihan ini dengan jawapan yang tepat sekali. Jadi, saya amat berpuas hati dengan prestasi mereka hari ini.

Kata Ganti Nama Diri

Kata Hubung

     Pada permulaan, saya telah memaparkan penerangan berikut dan menjelaskan penggunaannya kepada murid-murid dengan teliti dan jelas.

(a) Kata hubung juga dikenal sebagai kata penyambung ayat.
(b) Kata hubung digunakan untuk menyambung perkataan dengan perkataan, frasa dengan
     frasa atau ayat dengan ayat.
(c) Contoh kata hubung dengan penggunaan :
     i. Guru sekelas saya rajin dan bertanggungjawab.       ( perkataan )
     ii. Kamu pandai kerana rajin belajar.                           ( frasa )
    iii. Jamal rajin tetapi adiknya malas.                             ( ayat )


     Kemudian, saya telah menuliskan beberapa contoh ayat yang lain di papan hitam dan minta murid-murid baca dengan betul. Selepas itu, saya meminta murid-murid menyatakan kata hubung yang terdapat di dalam ayat dengan betul.

     Akhir sekali, saya telah meminta murid-murid cuba melengkapkan ayat berikut dengan kata hubung yang sesuai di dalam buku latihan.



Isikan tenpat-tempat kosong dengan kata hubung yang paling sesuai.


atau              sementara             sebelum             sambil              apabila         walaupun          bahawa


  1. Alice Ng mendengar radio _____sementara___ menunggu kepulangan ayahnya.
  2. Beberapa orang budak masih bermain di situ _____walaupun_____ hari hujan. 
  3. Kamu boleh mendapatkan kertas lukisan daripada Cikgu Lim ___atau_____ Cikgu Tan.
  4. Kita haruslah berfikir panjang ____sebelum_____ bertindak.
  5. Menteri Pertanian akan memastikan ____bahawa____ bekalan hasil tanaman adalah mencukupi di negara kita.


Refleksi : Sesi P&P hari ini kurang memuaskan kerana terdapat beberapa murid keliru dengan penggunaan kata hubung " apabila " dengan " sementara ". Mereka kurang memahami penggunaannya sehingga telah membuat kesilapan dalam melengkapkan ayat walaupun saya telah memberi ayat yang berlainan dan minta mereka cuba beberapa kali. Oleh itu, saya bersedia untuk meminta murid-murid yang berkenaan menghafalkan contoh -contoh ayat dalam latihan pengukuhan dan akan memberi kelas tambahan kepada mereka pada hari esok selepas sesi persekolahan.  

Kata Ganti Tanya

Isikan tempat-tempat kosong dengan kata ganti tanya yang sesuai.


apa               siapa            mana          bila         berapa           bagaimana          


  1. ________Apa________ kah yang digunakan untuk menapis santan ?
  2. ________Berapa________ kah harganya sebuah kereta Proton Perdana ?
  3. " ______Siapa__________ kah yang menconteng dinding bilik darjah ?" tanya Cikgu Abdullah.
  4. " _______Bagaimana_________ kah caranya menyelesaikan masalah Matematik ini ?" tanya Mastura kepada kawannya.
  5. " Di ____mana_________ kah penagih-penagih dadah itu bersembunyi? '' tanya polis kepada penduduk tempatan. 
  6. " ______Bila__________kah Menteri Pendidikan melawat ke sekolah kamu ?" tanya ayah. 

Refleksi : Sesi P&P ini amat berjaya dan dijalankan dengan lancar. Murid-murid dapat menjawab dengan jawapan yang tepat sekali. Selain itu, pada akhir sesi P&P , saya juga minta setiap murid cuba membina ayat tanya yang lain di hadapan kelas dan membetulkan kesilapan mereka bersama-sama rakan sekelas yang lain.