Monday 14 November 2011

Kata Ganti Diri

Isikan tempat-tempat kosong dengan kata ganti diri yang sesuai.


kalian               tuanku            anda             kami             dia          beta         patik       mereka 
  1. Emak menjahit baju untuk ___kami___ adik-beradik.
  2. " Mengapakah ___kalian____ masih berada di kantin?" tanya Cikgu Lee kepada murid-murid.
  3. Rakyat menjunjung segala perintah ____tuanku_____.
  4. ___Mereka _____ bertiga tinggal sekampung di Teluk Bahang.
  5. Pemuda itu telah didapati bersalah kerana merompak bank. ____Dia___ dipenjarakan selama sepuluh tahun.
  6. " __Patik__ akan melaksanakan perintah baginda," jawab Bendahara.
  7. " ___Beta____ akan menghadiahi kamu sebidang tanah," titah Sultan Iskandar.
  8.  Semoga kehadiran ___anda__ akan memeriahkan lagi majlis itu.

Refleksi : Oleh sebab sesi pengajaran hari ini adalah 2 waktu, maka masa untuk saya menyampaikan tajuk ini amat mencukupi. Pada mulanya, saya memperkenalkan ketiga-tiga jenis kata ganti nama diri kepada murid-murid dengan tiga jadual yang berlainan. Saya telah menjelaskan penggunaan untuk kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.Murid-murid telah menumpukan perhatian sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya ini. Saya amat berpuas hati dengan tindak balas murid-murid pada hari ini kerana sekirannya mereka menghadapi keliruan, maka mereka akan bertanya untuk mendapat penerangan selanjutnya. Di samping itu, semasa saya memaparkan video seperti yang berikut, didapati murid-murid dapat menyebutkan jawapan bersama paparan video. Selepas itu, saya juga minta beberapa orang murid membezakan penggunaan kata ganti nama diri dengan melengkap latihan di atas. Mereka dapat menyelesaikan latihan ini dengan jawapan yang tepat sekali. Jadi, saya amat berpuas hati dengan prestasi mereka hari ini.

No comments:

Post a Comment