Monday 14 November 2011

Kata Hubung

     Pada permulaan, saya telah memaparkan penerangan berikut dan menjelaskan penggunaannya kepada murid-murid dengan teliti dan jelas.

(a) Kata hubung juga dikenal sebagai kata penyambung ayat.
(b) Kata hubung digunakan untuk menyambung perkataan dengan perkataan, frasa dengan
     frasa atau ayat dengan ayat.
(c) Contoh kata hubung dengan penggunaan :
     i. Guru sekelas saya rajin dan bertanggungjawab.       ( perkataan )
     ii. Kamu pandai kerana rajin belajar.                           ( frasa )
    iii. Jamal rajin tetapi adiknya malas.                             ( ayat )


     Kemudian, saya telah menuliskan beberapa contoh ayat yang lain di papan hitam dan minta murid-murid baca dengan betul. Selepas itu, saya meminta murid-murid menyatakan kata hubung yang terdapat di dalam ayat dengan betul.

     Akhir sekali, saya telah meminta murid-murid cuba melengkapkan ayat berikut dengan kata hubung yang sesuai di dalam buku latihan.



Isikan tenpat-tempat kosong dengan kata hubung yang paling sesuai.


atau              sementara             sebelum             sambil              apabila         walaupun          bahawa


  1. Alice Ng mendengar radio _____sementara___ menunggu kepulangan ayahnya.
  2. Beberapa orang budak masih bermain di situ _____walaupun_____ hari hujan. 
  3. Kamu boleh mendapatkan kertas lukisan daripada Cikgu Lim ___atau_____ Cikgu Tan.
  4. Kita haruslah berfikir panjang ____sebelum_____ bertindak.
  5. Menteri Pertanian akan memastikan ____bahawa____ bekalan hasil tanaman adalah mencukupi di negara kita.


Refleksi : Sesi P&P hari ini kurang memuaskan kerana terdapat beberapa murid keliru dengan penggunaan kata hubung " apabila " dengan " sementara ". Mereka kurang memahami penggunaannya sehingga telah membuat kesilapan dalam melengkapkan ayat walaupun saya telah memberi ayat yang berlainan dan minta mereka cuba beberapa kali. Oleh itu, saya bersedia untuk meminta murid-murid yang berkenaan menghafalkan contoh -contoh ayat dalam latihan pengukuhan dan akan memberi kelas tambahan kepada mereka pada hari esok selepas sesi persekolahan.  

No comments:

Post a Comment