Wednesday 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia

Tarikh                 :  16 /11/2011 ( Rabu )

Masa                  :    10:20 a.m. -10:50 a.m. ( 30minit )

Tahun                :     5

Bilangan Murid  :     8 orang ( Seorang tidak hadir )

Tema                 :     Unit 8 Keistimewaan Setempat

Tajuk Pelajaran :     Kelip-kelip yang Berjasa

Objektif :

Pada akhir pelajaran murid dapat :

    i.                   Memadankan kata nama dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

   ii.                   Melengkapkan penjodoh bilangan dengan jawapan yang tepat.



Fokus Utama  :

7.3      Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan

         memperkukuh minat membaca.    

Aras 2  (i) Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang dibaca.



Fokus sampingan :

11.2        Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

  Aras 2   (i) Memahami teks untuk mendapatkan mesej dan nilai.

Sistem bahasa:

Tatabahasa : Penjodoh bilangan

                        - ekor     - kuntum    - ulas        - helai        - pasang

                        - buah    - bentuk     - batang    - naskah    - pucuk

Kosa kata istilah: mata kail, majalah, menyarungkan, menuntut

Pengisian Kurikulum :

  1. Ilmu : Alam sekitar
  2. Penerapan nilai murni :  bertanggungjawab,  kerajinan                                      

Kemahiran Bernilai Tambah:

1.Kemahiran Berfikir       : menilai, mengenal pasti sebab akibat, menaakul

Pengetahuaan  Sedia ada : 

1) Murid-murid telah membaca dan memahami isi kandungan dalam tajuk ini.

2) Murid-murid pernah mempelajari jenis prnjodoh bilangan yang lain dalam tajuk lain.



Bahan Bantu Mengajar      : Buku teks , Buku Latihan & Aktiviti, kad manila dan kertas mahjung.







Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan / Mencungkil idea
( 3 minit )
Tunjukkan gambar-gambar dan bersoal jawab.

Soalan 1
Apakah gambar-gambar ini ?

Jawapan: Pokok, kanak-kanak, kilang, tong sampah, ikan

i ) Menunjukkan beberapa gambar
ii) Meminta murid menamakan gambar tersebut


-          Murid-murid  diminta       
menamakan gambar yang
            ditunjukkan.
          
                               

Strategik / teknik :
Penyoalan seluruh kelas

Langkah 1
( 7 minit)



Kad manila :
Penerangan bagi jenis-jenis penjodoh bilangan





i)              Memaparkan
     beberapa kad manila   
     dengan penerangan
     penggunaan penjodoh       
     bilangan di papan putih
ii)  Menjelaskan maksud
     setiap penjodoh bilangan dan memberikan kata nama yang memadankan penjodoh bilangan berkenaan

-          Murid –murid meneliti penjelasan guru
-          Murid-murid diminta memberi jawapan lain







Langkah 2
( 8 minit)






Aktiviti :
Permainan kecil
“ Cari Kawan “



i)Meminta murid-murid tampil ke depan.
ii) Meminta murid mencari       pasangan untuk memadankan jawapan
iii ) Meminta murid yang tiada pasangan mencari jawapan di atas meja
iv ) Meminta murid membacakan jawapan
v ) Meminta murid-murid cuba membina ayat dengan penjodoh bilangan

-       Murid-murid bergerak ke depan kelas
-       Murid-murid diminta mencari pasangan untuk memadankan jawapan.
-       Murid-murd diminta menujukkan kad-kad dan membacakan jawapan yang telah dipadankan
-       Murid-murid cuba membina ayat dengan betul


Sikap saintifik /
nilai murni :
Melibatkan diri secara aktif, bekerjasama, berani


Langkah 3
( 4 minit)



Latihan pengukuhan :
Isikan tempat kosong




i)Memaparkan kertas mahjong yang menuliskan beberapa ayat di papan putih
ii)  Meminta murid cuba menyatakan penjodoh bilangan yang sesuai untuk ayat tersebut.
iii)Membetulkan kesilapan murid
iv)Meminta murid-murid membaca semua ayat yang telah disiapkan 

-          Murid –murid cuba memberikan jawapan untuk melengkapkan ayat
-          Murid-murid diminta membaca bersama-sama


 Langkah 4
( 6 minit)



Buku Latihan dan Aktiviti :
Perbincangan


i)Meminta murid-murid cuba menyiapkan latihan dalam masa 5 minit
ii)Bincangkan jawapan yang sesuai dengan murid-murid

-          Murid-murid cuba melengkapkan penjodoh bilangan yang sesuai dalam ayat
-          Menjawab dan bacakan soalan dalam latihan


Penutup
( 2 minit)

Rumusan :
Refleksi

i)meminta murid-murid ulangkan jenis-jenis penjodoh bilangan yang telah dipelajari
ii)menguji kefahaman murid-murid dengan menunjukkan beberapa gambar.

-       Murid-murid diminta memberi jawapan secara lisan
-       Murid-murid bangun dan jawab soalan guru berpandukan gambar

Sumber :
Buku bergambar








PEGENALAN :
Tajuk yang saya ingin sampaikan hari ini ialah penjodoh bilangan. Dalam pengajaran, saya akan menjelaskan maksud dan penggunaan beberapa penjodoh bilangan kepada murid-murid dengan contoh contoh yang telah diberikan. Kemudian saya akan menjalankan permainan kecil untuk menarik minat murid-murid mengingat kembali tentang ilmu pengetahuan yang telah saya ajar tadi. Selepas itu, murid-murid diminta melengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Seterusnya, dalam sesi pengayaan, saya meminta murid-murid cuba menyelesaikan latihan dalam buku kerja tanpa bantuan guru. Akhirnya, saya berbincang jawapan dengan murid-murid dan membuat kesimpulan untuk tajuk hari ini.
Oleh sebab sekolah saya kecil ( SKM- Sekolah Kurang Murid ), maka jumlah bilangan untuk kelas Tahun 5 ini hanya 8 orang sahaja. Akan tetapi, terdapat seorang murid yang tidak hadir, maka jumlah murid yang terlibat dalam rakaman ini hanya 7 orang sahaja. 
           KEKUATAN :
Keadaan kelas yang cahaya terang dan ruang yang luas telah menyediakan tempat pembelajaran yang baik dan selesa kepada murid-murid untuk megikuti proses P&P hari ini. Dengan suasana pembelajaran yang konduksif telah memberi minat kepada murid untuk menumpukan perhatian pada proses P&P. Dengan cara susunan tempat duduk murid-murid yang menghadap ke depan telah menyenangkan saya untuk memerhatikan setiap tindak balas untuk setiap murid. Saya lebih berharap murid-murid dapat berfokus kepada penyampaian isi pelajaran sepanjang sesi P&P tanpa gangguan daripada keadaan di luar kelas.
Dalam sesi set induksi, saya telah menunjukkan beberapa gambar kepada murid-murid memerhatikan lalu memberikan gambaran kepada mereka bahawa tajuk hari ini adalah penjodoh bilangan. Mula-mulannya, saya memaparkan nota-nota ringkas di atas papan putih dan menerangkan dengan teliti. Dengan suara saya yang kuat, murid-murid dapat dengar dengan jelas dan memahami maksud penggunaan setiap penjodoh bilangan. Saya juga memberikan contoh-cotoh kata nama yang boleh digunakan bersama penjodoh bilangan tersebut. Kemudian, saya telah minta beberapa murid cuba bina ayat dengan betul dan membetulkan ayat yang salah. Bagi murid-murid yang malu dan tidak berani cuba, saya telah memberi galakkan dan dorongan kepadanya untuk menyakinkan mereka berani mencuba. Bagi yang berani mencuba dan menjawab dengan betul, saya juga berterima kasih atas kerjasama mereka.
Didapati murid-murid amat minat dalam sesi permainan. Mereka melibatkan dengan aktif walaupun bilangan murid tidak ramai. Tambahan lagi, sikap bekerjasama dan tidak berebut-rebut untuk bermain amat saya hargai. Tujuuan permainan kecil “ cari kawan “ ini adalah untuk menilai tahap kefahaman murid-murid tentang penerangan saya tadi. Selain itu, saya juga berharap murid yang baik boleh membantu murid yang lemah untuk memadankan jawapan bersama. Akan tetapi, oleh sebab bilangan murid yang kurang dan jumlahnya ganjil, maka saya telah mengubah aktiviti saya lalu minta murid yang tiada pasangan juga boleh cuba menyelesaikan masalah ini dengan diri sendiri. Dengan cara ini, saya dapat memperbanyakkan jumlah penjodoh bilangan yang boleh digunakan untuk menguji kefahaman murid masing-masing.
Interaksi dan komunikasi di antara murid-murid dengan guru juga dijalankan secara konduksif dan harmoni. Murid-murid berani mengangkat tangan untuk menjawab kerana mereka telah faham akan arahan atau soalan yang saya kemukakan. Di samping itu, semasa saya memberi masa untuk murid-murid menyiapkan latihan pengukuhan dan membaca latihan pengayaan, saya telah berjalan-jalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.
Secara keseluruhannya , saya amat memuaskan dengan proses P&P hairi ini. Objektif pengajaran dan pembelajarn saya tercapai kerana murid-murid dapat menjawab dan melengkapkan penjodoh bilangan dalam ayat yang sesuai. Latihan yang diberi dapat diselesaikan dengan betul.
           KELEMAHAN :
Didapati Set induksi terlalu cepat dan masa yang digunakan tidak sampai 3 minit. Ini disebabkan cara percakapan saya masih terlalu pantas. Selain itu, saya hanya tunjukkan gambar di depan sahaja dan bukan berjalan untuk semua murid lihat. Tambahan lagi, gambar yang saya tunjukkan adalah dalam buku dan bukan kad-kad imbasan. Maka , murid akan keliru dan tidak nampak dengan jelas kerana gambar yang saya tunjukkan bercampur dengan gambar-gambar yang lain. Walau bagaimanapun, semasa saya tunjukkan gambar, saya telah menggunakan jari dan tunjuk kepada gambar yang khas itu sahaja supaya murid-murid bole fokus akan gambar tersebut.
Seterusnya, alat bantu mengajar yang saya sediakan kurang memuaskan. Masalah “blue tape” yang saya gunakan tidak tahan lekat pada papan putih. Kemungkinan permukaan papan yang licin atau  kecuaian diri sendiri. Latihan pengukuhan yang saya tuliskan di atas kertas mahjong dinampak tidak sesuai kerana tulisan yang ditulis kurang jelas.
Masa 30 minit dalam sesi ini nampaknya agak mencukupi. Sebenarnya latihan pengukuhan boleh ditambahkan lagi kerana didapati murid-murid yang baik dapat menyaipkannya dalam masa yang singkat. Di samping itu, suara rakaman murid-murid yang menjawab tidak jelas. Jadi , setelah saya merakam dan dengar semula, suara murid tidak dapat didengar dengan jelas.
            LANGKAH MENGATASI :
Setelah menonton kembali rakaman saya, didapati terdapat banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Maka, saya haruslah memikirkan langkah mengatasi masalah-masalah tersebut dan cuba mempertingkatkan prestasi saya dalam P&P yang seterusnya. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan saya ini, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah penguasaan ketepatan masa dalam set induksi supaya tidak dijalankan dalam masa yang terlalu singkat. Sekirannya saya menggunakan paparan LCD, gambar yang ditunjukkan akan lebih jelas dan berfokus kepada setiap benda sahaja. Selain itu, dengan kecanggihan dalam sains dan teknologi, gambar-gambar yang ditunjukkan juga boleh dipapar secara bergerak dan dapat menarik perhatian murid-murid. Tambahan lagi, dengan penggunaan LCD, paparan alat bantu mengajar saya juga boleh diubahsuaikan dengan mudah dan kreatif. Tulisan boleh dibesarkan sekirannya menghadapi masalah murid yang duduk belakang atau duduk di tepi tidak nampak dengan jelas.
Dalam sesi penerangan penggunaan penjodoh bilangan, saya harus menyenaraikan contoh-contoh kata nama yang digunakan bersama penjodoh bilangan supaya murid-murid nampak  dengan jelas dan dapat ingat dengan lebih senang. Saya juga boleh menggunakan cara untuk lekatkan gambar-gambar di tepi setiap kad-kad nota untuk mengukuhkan pemahaman mereka tentang tajuk ini.
Semasa saya menjalankan sesi perbincangan dengan murid-murid, saya seharusnya minta murid keluar dan cuba menulis jawapan sendiri untuk melengkapkan ayat. Cara ini juga boleh menguji kefahaman murid-murid tentang penggunaan penjodoh bilangan dari segi penulisan. Kemungkinan murid-murid yang lemah dapat membaca dengan betul tetapi tidak dapat mengeja dengan tepat sekali. Sekirannya bagi murid yang lemah dan tidak dapat menulis dengan betul, saya juga boleh menjalankan aktiviti lain seperti menampalkan kad jawapan dalam tempat kosong yang sesuai.
Dalam sesi penilaian, saya juga boleh menjalankan aktiviti kumpulan walaupun bilangan murid ynag sikit. Saya boleh membahagikan murid-murid kepada 4 kmpulan iaitu 2 orang dalam satu kumpulan. Dalam setiap kumpulan terdapat seorang murid yang baik dan seorang murid yang lemah supaya mereka boleh bantu-membantu di antara satu sama lain bagi menyiapkan latihan saya untuk membina ayat dengan penjodoh bilangan. Aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan murid. Guru sebagai pembimbing juga boleh memberi tunjuk ajar sekirannya kumpulan tersebut memerlukan.


No comments:

Post a Comment